Sunday 15 February 2009
by Pasukan Pengakap 1024 Maktab SOAS

Assalamualaikum.


Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien pada awal penubuhan nya telah dibahagikan kepada dua bahagian ia itu Maktab SOAS Senior bersekolah di sebelah pagi dan Maktab SOAS Junior bersekolah di sebelah petang. Sebagai sebuah Maktab yang terbesar pada masa itu beberapa buah persatuan dan kelab telah ditubuhkan bagi membolehkan setiap pelajar bergiat dalam kegiatan luar darjah. Di Maktab SOAS telah ditubuhkan beberapa buah pasukan pengakap yang dikhususkan kepada pelajar yang berlainan tetapi dengan satu tujuan.

Pasukan 1002 adalah dikhususkan bagi pelajar-pelajar belajar disebelah pagi (SOAS Senior),
Pasukan 1007 bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Manakala pasukan 1024 adalah bagi pelajar-pelajar yang belajar disebelah petang (SOAS Junior).Pasukan Pengakap 1024 telah ditubuhkan pada 22hb Februari 1972 oleh pengasasnya Mr P.W Prittler seorang Pengetua Maktab SOAS Junior ketika itu. Awg Wee Tee Lim, Mr Steven Handrick, Mr P. Samuel dan Cikgu Abu Bakar bin Othman adalah sebahagian pemimpin yang mula mula dan pernah memimpin pasukan ini.

Kepada:
Ahli-Ahli Pasukan Pengakap 1024



Adalah dimaklumkan kepada ahli-ahli pasuka pengakap 1024 bahawa pasukan pengakap 1024 akan menyambut hari ulang tahun penubuhannya yang ke-37 tahun pada hari Ahad, 22 Februari 2009.

Dengan itu pasukan akan mengadakan aktiviti BBQ pada :

Hari : Ahad
Jam : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Maktab SOAS

Sementara itu bagi yang ingin mengikuti aktiviti ini dimestikan untuk membawa wang sebanyak $3.00 untuk pembayaran yuran

Sekian. Harap Maklum.

« Previous Page   Next Page »